Senggugut
Senggugut atau juga dikenali sebagai ‘premenstrual dysphoric
disorder’ atay ‘dysmenorrhea’ merupakan gejala yang sering berlaku
ketika haid oleh segelintir wanita.
Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu
senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit).
Tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut
- kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid.
- Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang.
Ia merupakan masalah biasa yang
dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘primary spasmodic dysmenorrhea’ dan
tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit.
Adakalanya, senggugut
terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam
saluran peranakan.
Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun
setelah berkahwin dan melahirkan anak.
Namun begitu, terdapat juga
sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan
anak.